Sekapur Sireh Dari Ustazuna..


Berkata Al-Faqiirul Haqiirul Faanii, al-Muznibul Jaanii, ar-Raajii min Rabbihil ‘Afwa ma’a Buluughil Aamaanii, Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy:


“Para masyaikhku telah menasihatkanku beberapa perkara:


“Ikhlaskan niatmu dalam menuntut ilmu kerana sukar bagi hati untuk dimasuki cahaya jika di dalamnya ada sesuatu yang dibenci Allah.”


“Sucikan hatimu dari kekotoran maksiat kerana hati yang kotor tidak dapat menerima rahsia-rahsia ilmu dan kurniaan Allah.”


“Tuntutlah ilmu agama secara talaqi daripara masyaikh yang bersanad kerana ada padanya madad dan keberkatan.”




“Ilmu adalah sangat mulia. Justeru, bersabarlah dalam menuntut ilmu kerana semakin bertambah mulia sesuatu yang dituntut, maka semakin bertambah pula keletihan dan kepayahan dalam mencapainya.”


“Muliakanlah para ulama’, ilmu dan kitab-kitab mereka. Lazimikanlah dirimu untuk membaca kisah-kisah dan kitab-kitab para Salafus Soleh dan ulama Khalaf yang soleh terutamanya kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazzali kerana ia adalah perbendaharaan dari segala macam ilmu dan penawar yang mujarab bagi penyakit-penyakit hati.”


“Menuntut ilmu bukan hanya untuk mengisi otak dan fikiran, tetapi juga untuk memperhaluskan perasaan dan menyuburkan kebijaksanaan. Apa yang dicari bukan hanya semata-mata ilmu, tetapi juga manfaat dan keberkatannya. Justeru, jagalah adab-adab ketika menuntut ilmu untuk memperolehinya.”


“Cintailah Rasulullah dan keturunannya kerana jika hanya berilmu tanpa Mahabbatun Nabi, hati akan menjadi ‘gersang’.”


Demikianlah nasihat ini ditujukan juga kepada semua ahli pengajian talaqiku khasnya dan kepada semuanya penuntut ilmu amnya.”

____________________________________________________


p/s: Ustaz Muhadir juga ada kepilkan bersama jawapan dan penjelasan kepada persoalan berkaitan dengan puasa Qadha' dan puasa enam hari di bulan Syawal. Untuk download, klik di sini atau layari link blog ini.

Monday, February 20, 2012

Pengumuman:Majlis Talaqi UIAM PJ

Bismillah..

Kami wakil dari Majlis Talaqi UIAM Petaling Jaya ingin membuka peluang kepada mana2 individu yang bekemahiran dalam membuat logo yang kreatif+inovatif sempena perasmian nama baru bagi Majlis Talaqi UIAM iaitu "Majlis Ta'lim an Nur ".
Nama ini diilhamkan sendiri oleh Syaikhuna,al Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll ketika mana kami menziarahi beliau pada 17 Februari 2012 yang lalu.

Pertama,perkataan "Nur" dalam nama "Majlis Ta'lim an Nur" adalah diilhamkan sendiri al Fadhil Ustaz iaitu merujuk kepada Baginda Rasulullah Sollahu A'laihi Wasallam yang menjadi "NUR" bagi sekalian alam.

Keduanya,perkataan "NUR" ini merujuk kepada guru beliau,al Faqih Syaikh Muhammad Nuruddin al Banjari al Makkiy sepertimana guru al Fadhil Syaikh menamakan pondoknya di Bogor dengan nama "Ma'ahad az-Zein al-Makkiy al-Aali Littafaqquh Fiddin wa Tahfizul Quran " yang merujuk kepada guru Syaikh Muhammad Nuruddin al Banjari, al-'Allamah al-Faqih Ismail Utsman Zein al-Yamani رحمه الله).

Ketiganya,perkataan "NUR" juga merujuk kepada Madrasah an Nur sebagai mengambil berkat daripada madrasah yang dipimpin oleh al Habib Naqjamuddin al Khered.

Sehubungan dengan itu,sesiapa yang berkemahiran boleh menghantar logo tersebut ke emel faisfuad_0509@yahoo.com seboleh-bolehnya sebelum Khamis 23 FEBRUARI 2012.Moga Allah SWT mengganjari usaha kalian dengan sebaik-baik ganjaran.

Ciri-ciri logo tersebut:
1.perkataan "Majlis Ta'lim an Nur" hendaklah ditulis dalam tulisan jawi
2.background logo berwarna hijau
3.SIMPLE DAN KEMAS

Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada:
Fais - 0133950965
Aiman - 01119826922
Afiqah - 013205949

0 comments:

Post a Comment