Sekapur Sireh Dari Ustazuna..


Berkata Al-Faqiirul Haqiirul Faanii, al-Muznibul Jaanii, ar-Raajii min Rabbihil ‘Afwa ma’a Buluughil Aamaanii, Muhadir bin Haji Joll as-Sanariyy:


“Para masyaikhku telah menasihatkanku beberapa perkara:


“Ikhlaskan niatmu dalam menuntut ilmu kerana sukar bagi hati untuk dimasuki cahaya jika di dalamnya ada sesuatu yang dibenci Allah.”


“Sucikan hatimu dari kekotoran maksiat kerana hati yang kotor tidak dapat menerima rahsia-rahsia ilmu dan kurniaan Allah.”


“Tuntutlah ilmu agama secara talaqi daripara masyaikh yang bersanad kerana ada padanya madad dan keberkatan.”




“Ilmu adalah sangat mulia. Justeru, bersabarlah dalam menuntut ilmu kerana semakin bertambah mulia sesuatu yang dituntut, maka semakin bertambah pula keletihan dan kepayahan dalam mencapainya.”


“Muliakanlah para ulama’, ilmu dan kitab-kitab mereka. Lazimikanlah dirimu untuk membaca kisah-kisah dan kitab-kitab para Salafus Soleh dan ulama Khalaf yang soleh terutamanya kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Hujjatul Islam, Al-Imam Al-Ghazzali kerana ia adalah perbendaharaan dari segala macam ilmu dan penawar yang mujarab bagi penyakit-penyakit hati.”


“Menuntut ilmu bukan hanya untuk mengisi otak dan fikiran, tetapi juga untuk memperhaluskan perasaan dan menyuburkan kebijaksanaan. Apa yang dicari bukan hanya semata-mata ilmu, tetapi juga manfaat dan keberkatannya. Justeru, jagalah adab-adab ketika menuntut ilmu untuk memperolehinya.”


“Cintailah Rasulullah dan keturunannya kerana jika hanya berilmu tanpa Mahabbatun Nabi, hati akan menjadi ‘gersang’.”


Demikianlah nasihat ini ditujukan juga kepada semua ahli pengajian talaqiku khasnya dan kepada semuanya penuntut ilmu amnya.”

____________________________________________________


p/s: Ustaz Muhadir juga ada kepilkan bersama jawapan dan penjelasan kepada persoalan berkaitan dengan puasa Qadha' dan puasa enam hari di bulan Syawal. Untuk download, klik di sini atau layari link blog ini.

Thursday, February 9, 2012

::PERKEMBANGAN TALAQI UIAM KUANTAN::

MARHABAN BI WASHIYYATI RASULILLAH
صلى الله عليه وسلم

Majlis Talaqi UIAM Kuantan
Oleh

Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni

Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni  Bersama Habib Mahdi


  Berhubung perkembangan tentang talaqi Kitab Fiqh,'Inatud Tolibin oleh Al-Fadhil Ustaz Uwais Al-Qarni, InsyaAllah sekiranya tiada halangan akan dimulakan pada minggu hadapan. Namun, bersempena dengan bulan Rabiulawwal 1433H ini ustaz mencadangkan untuk mengadakan kuliyah bersempena Maulidul Rasul dan InsyaAllah ustaz berhajat untuk membawa pelajar-pelajar Banin dari Ribat Al-Mustofa milik ustaz untuk berqosidah dan berselawat bersama-sama. Kata putus akan diambil pada masa terdekat dan akan dimaklumkan kemudian. Segala perkembangan akan dimaklukan dari semasa ke semasa. Biiznillah~

"Jikalau benar cintakan Rasulullah saw,mana buktinya?"

Salam Maulidul Rasul 1433H

Wallahu'alam

0 comments:

Post a Comment